Lihat Betapa Mudahnya Anda Boleh Belajar Bahasa Mandarin Dengan Mengikuti 3 Cara Yang Murah Ini
Lihat
Betapa Mudahnya Anda Boleh Belajar Bahasa Mandarin Dengan Mengikuti 3 Cara Yang
Murah Ini
Saya
telah melihat ramai orang di sekeliling saya yang cuba untuk mempelajari Bahasa
Mandarin dengan menggunakan pelbagai jenis cara yang berbeza dan unik.
Sebilangan besar daripada mereka belajar melalui cara yang sukar dengan
menghafal perkataan-perkataan tersebut setelah mengetahui makna di sebalik
radikal itu dan ada juga yang merujuk kepada buku teks yang lama. Saya percaya
apabila anda mendengar perkataan Bahasa Mandarin pada kali pertama, anda akan
mengaitkannya dengan perkataan sukar. Namun, di masa ini kalau anda sedang berfikir
bahawa Bahasa Mandarin ini sukar, maka tahniah anda telah sampai di tempat yang
betul. Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda
dapat belajar Bahasa Mandarin dengan mudah, menggunakan 3 cara yang dinyatakan
di bawah. Pada akhir artikel ini, saya berharap anda dapat menggunakan
cara-cara ini untuk meningkatkan lagi tahap Bahasa Mandarin anda.
1. Mengenali
Kawan-Kawan Yang Fasih Bahasa Mandarin
Mengenali seorang rakan baharu adalah suatu perkara yang
menyeronokkan dan mengujakan yang dapat dilakukan oleh seorang manusia. Untuk
belajar dan menguasai Bahasa Mandarin, anda perlu mengenali seorang kawan yang
fasih Bahasa Mandarin terlebih dahulu. Dengan cara itu, anda akan dapat belajar
Bahasa Mandarin tanpa menyedarinya. Selain itu, anda juga akan dapat belajar cara
percakapan bahasa tersebut. Pada saat ini, anda mungkin akan berasa bimbang yang
anda tidak sempat mencari kawan yang fasih Bahasa Mandarin. Percayalah kata
saya, terdapat ramai di sekeliling kita yang sebenarnya fasih Bahasa Mandarin.
Apabila kamu berjaya menjumpai kawan- kawan tersebut, buatlah beberapa
perancangan bersama-sama dengan mereka, sama ada menonton wayang ataupun
beriadah di taman bersama-sama pada pagi hari Ahad. Mereka akan merasa sangat
gembira untuk meluangkan masa bersama-sama dengan anda.
2.
Belajar Sewaktu Perjalanan
Seperti yang disebutkan pada permulaan artikel ini, ramai
orang di sekitar saya belajar Bahasa Mandarin melalui hafalan ataupun dengan
merujuk kepada beberapa buah buku teks lama. Dalam dunia hari ini, semua
perkara dapat diakses dengan mudah, hanya dalam beberapa saat. Mengapa tidak anda
menggunakannya untuk kebaikan anda? Saya sangat mengesyorkan anda untuk mula
mencari beberapa aplikasi pembelajaran Bahasa Mandarin. Dengan cara itu, anda akan
dapat mempelajari sesuatu yang baharu dengan mudah.Terdapat banyak aplikasi di
luar sana yang boleh anda muat turun secara online untuk pengunaan anda.
Ingatlah bahawa, anda tidak perlu belajar Bahasa Mandarin sepanjang hari.
Luangkanlah sedikit masa lapang anda untuk belajar. Ia boleh dari masa lapang anda
ketika dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika waktu makan tengah hari
anda. Walaupun anda hanya dapat belajar selama 30 minit setiap hari, ia
masihlah dikategorikan sebagai suatu keuntungan bagi anda berbanding dengan
tidak berbuat apa-apa.
3.
Media
Sosial
Saya ini merupakan seorang budak yang tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian untuk belajar. Maksud saya adalah duduk selama berjam-jam
tanpa memeriksa atau membelek media sosial saya. Setiap beberapa minit setelah selesai
membaca topik tertentu, tangan saya yang gatal ini pasti akan memeriksa media
sosial saya walaupun tiada mesej atau notifikasi baharu. Situasi itu akan berlaku
walaupun saya sedang membuat persediaan untuk peperiksaan pertengahan semester ataupun
peperiksaan akhir tahun. Ya, orang seperti saya ini wujud. Sekiranya anda
adalah jenis orang seperti saya ini, saya ada berita baik yang ingin ditujukan
kepada anda. Anda sebenarnya boleh memeriksa media sosial anda dan belajar Bahasa
Mandarin pada masa yang sama. Tidak percaya akan kata saya? Di Creative Edu,
kami membekalkan anda dengannya. Kami mereka pelbagai jenis pos dengan gambar yang
interaktif, perkataan Mandarin dan juga pinyin untuk memudahkan pembacaan anda.
Ayuh pergi dan periksalah sekarang jika anda belum melakukannya lagi.
Creative Edu®
Tel: 016-2228739, 016-3359881 (Whatsapps) (Sila buat temujanji sebelum lawatan)
Laman web: www.creativelearning.my

Comments
Post a Comment